Wednesday, 20 April 2011

99 Nama Allah & Fadhilatnya...

Sabda Rasulullah S.A.W :

"Sesungguhnya ALLAH memiliki 99 nama, seratus kurang satu, sesiapa yang menghitungnya (menghafalnya) akan masuk syurga."

Untuk keterangan lanjut sila rujuk "Halaqah"

Al Asma Ul Husna



1. AR-RAHMAN -Yang Maha Pemurah
Huraian : Pemberi rahmat dan kemakmuran kepada makhluknya tanpa perbezaan.
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut namaNya 100 kali selepas sembahyang fardhu, insyaALLAH akan mempunyai ingatan baik, fiikiran tegas serta murah hati.

2. AR-RAHIM - Yang Maha Mengasihi
Huraian : Terutama kepada mereka yang menggunakan hadiah-hadiah sebagai kehendak Tuhan yang maha pengampun dihari kemudian.
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali selepas fajar, insyaAllah akan menemui orang-orang yang baik hati.

3. AL-MALIK - Yang Maha Menguasai
Huraian :Ialah Raja yang paling agung diseluruh dunia.
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang, insyaAllah akan dihormati dengan sebaik-baiknya oleh orang lain.

4. AL-QUDDUS - Yang Maha Suci
Huraian : Ia bebas dari segala kesilapan, kelupaan dan tidak keupayaan atau kurang kesempurnaan.
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali setiap hari, insyaAllah akan bebas daripada kebimbangan.

5. AL-SALLAM - Yang Maha Selamat Sejahtera
Huraian : Dialah penyelamat hamba-hamba -Nya dari bahaya serta rintangan serta memberi tahniah kepada mereka yang di dalam syurga.
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 160 kali berulang-ulang ditempat orang yang sakit, boleh membantu mengurangkan kesakitan dan insyaALLAH dengan pertolongan-Nya dapat menyembuhkan si pesakit.

6. AL-MU’MIN - Yang Maha Melimpahkan Keamanan
Huraian : Barang siapa menempatkan kepercayaan pada hamba-Nya, peliharalah mereka yang mencari perlindungan pada-Nya, kemudian berikanlah ketenteraman.
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali, insyaALLAH akan jauh dari bahaya.

7. AL-MUHAIMIN - Yang Maha Pengawal serta Pengawas
Huraian : Ialah menjaga dan memerhatikan segala harta benda.
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang selepas mengambil air sembahyang, insyaAllah cahaya perasaan mereka akan bersinar.

8. AL-AZIZ - Yang Maha Berkuasa
Huraian : Ialah yang tak dapat ditaklukkan.
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali selepas fajar menyinsing selama 40 hari, insyaALLAH akan bebas daripada bantuan orang lain.

9. AL-JABBAR - Yang Maha Kuat
Huraian : Ia memperbaiki serta menyelesaikan yang belum lengkap dan mempunyai kebolehan dan menyuruh dengan kekerasan atas diri mereka supaya melakukan mengikut kehendak-Nya.
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali, tidak akan berbuat sesuatu yang ditegah dirinya, ataupun terdedah oleh bahaya, kesukaran mahupun kekerasan.

10. AL-MUTAKABIR - Yang Melengkapi Segala KebesaranNya
Huraian : Ia menunjukkan kebesaran-Nya sebelum bersetubuh dengan isterinya, insyaALLAH Allah akan menganugerahkan olehnya anak yang salih.

11. AL-KHALIQ - Yang Maha Pencipta
Huraian : Ia yang menjadikan segala-galanya tanpa sesuatu apa pun dan tahu pula apa akan terjadi keatas semuanya.

12. AL-BARI - Yang Maha Menjadikan
Huraian : Ia menjadikan segala-galanya sempurna.

13. AL-MUSAWWIR - Yang Maha Pembentuk
Huraian : Ia reka segala-galanya.
Fadhilatnya : Jika seseorang ibu atau bakal ibu hendak melahirkan anak tetapi tiada berdaya, hendaklah ia berpuasa selama 7 hari, dan sewaktu berbuka hendaklah ia menyebut YA-KHALIQ, YA-BARI’, YA-MUSSAWIR (pembuat, penjadi dan pereka) sebanyak tiga kali sebelum ia meminum air. InsyaALLAH permintaannya akan dikabulkan.

14. AL-GHAFFAR - Yang Maha Pengampun
Huraian : Ia sangat pengampun.
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang tiga kali, insyaALLAH akan diampunkan dosa yang telah dilakukannya.

15. AL-QAHHAR - Yang Maha Perkasa
Huraian : Ia berjaya dan berkuasa menurut dan menakluk kehendaknya.
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali, insyaALLAH akan mengatasi kehendaknya, dan akan mengalami jiwa yang tenang serta bebas dari segala perbuatan maksiat yang dilakukan oleh orang lain.

16. AL-WAHHAB - Yang Maha Penganugerah
Huraian : Ia sentiasa menganugerah hamba-hambaNya.
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali insyaALLAH akan dimurahkan rezeki.

17. AL - RAZZAQ - Yang Maha Pemberi Rezeki

18. AL-FATTAH - Yang Maha Pembuka
Huraian : Ia memberi penyelesaian kepada kemushkilan atau masalah serta mengurangkan rintangan.
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali, InsyaALLAH akan terbuka hatinya untuk berjaya.

19. AL-’ALIM - Yang Maha Mengetahui
Huraian : Ia mengetahui segala-galanya.
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali, InsyaALLAH akan bersinar hatinya dengan cahaya suci.

20. AL-QABIDH - Yang Maha Pengekang
Huraian : Ia mengekang.
Fadhilatnya : Sesiapa menulis nama-Nya pada lima puluh jenis makanan atau buah-buahan sepanjang 40 hari, insyaALLAH ia tidak akan kebuluran.

21. AL-BASIT - Yang Maha Melimpah Nikmat
Huraian : Ia berkuasa membesarkan.
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali sewaktu fajar dengan mendedahkan kedua-dua tapak tangannya keatas dan kemudiannya menyapu tapak tangan kemukaNya, insyaALLAH ia tidak akan perlukan bantuan orang lain.

22. AL-KHAFIDH - Yang Maha Perendah(Pengurang)
Huraian : Yang mengurangkan.
Fadhilatnya : Sesiapa yang berkuasa selama tiga hari, hendaklah menyebut nama-Nya pada hari keempat sebanyak 70,000 kali ,insyaALLAH ia akan dipelihara daripa musuhnya.

23. AR-RAFI’ - Yang Maha Peninggi
Huraian : Yang meninggikan.
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali berulang-ulang kali pada waktu siang dan malam, insyaALLAH Allah akan meninggikan martabatnya, kekayaannya serta darjatnya.

24. AL-MU’IZZ - Memuliakan
Huraian : Ia mashyur serta mulia dan dihormati oleh sesiapa jua pun.
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 140 kali selepas sembahyang isya’ setiap hari isnin dan jumaat, insyaALLAH Allah akan menjadikan ianya dihormati oleh orang lain.

25. AL-MUZILL - Yang Maha Penguji
Huraian : Ia akan menjatuhkan seseorang kelembah kehinaan.
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 75 kali berulang-ulang, insyaALLAH akan terjatuh daripada aniaya orang-orang yang dengki kepadanya. Allah akan memeliharanya.

26. AS-SAMI’ - Yang Maha Mendengar
Huraian : Ia mendengar segala-galanya.
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali berulang-ulang tanpa bercakap dengan sesiapapun pada hari khamis selepassembahyang zohor (tengah hari), insyaALLAH Allah akan mengkhabulkan apa sahaja kehendaknya.

27. AL-BASIR - Yang Maha Melihat
Huraian : Ia melihat segala-galanya.
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali berulang-ulang antara sembahyang fardhu dan yang pertama setelah sembahyang Jumaat, InsyaALLAH Allah akan menjadikan dirinya mulia dikhalayak ramai.

28. AL-HAKKAM - Yang Maha Mengadili
Huraian : Ia mengadili serta memberikan sesuatu dengan sepatutnya.

29. AL-’ADL - Yang Maha 'Adil
Huraian : Sesungguhnya adil.
Fadhilatnya : Jika sesiapa menulis nama-Nya pada malam jumaat pada sekeping roti dan memakannya, insyaALLAH orang akanmengikut kehendaknya.

30. AL-LATIF - Yang Maha Lembut serta Halus
Huraian : Ia mengetahui apa sahaja erti yang lembut serta menjadikan segala-galanya yang lembut atau halus walaupun tidak diketahui manusia. Ia memberi kebahagiaan sehalus-halusnya kepada manusia.
Fadhilatnya : Jika seseorang ditimpa kemiskinan dan keseorangan, sebutlah nama-Nya 100 kali selepas dua rakaat selepas sembahyang (tambahan), insyaALLAH niatnya akan dikabulkan.

31. AL-KHABIR - Yang Maha Mengetahui
Huraian : Ia mengetahui apa sahaja yang sulit dan maksud atau tujuannya.
Fadhilatnya : Sesiapa mempunyai kebiasaan yang tidak baik dan tidak disukainya pula, sebutlah nama-Nya berulang-ulang, insyaALLAH kebiasaan itu akan ditinggalkannya kemudian.

32. AL-HALIM - Yang Maha Penyabar
Huraian : Ianya berkuasa.
Fadhilatnya :Apabila seseorang menulis nama-Nya atas kertas, setelah itu menanamkannya ke dalam tanah di mana sebutir benih ditanam, insyaALLAH bahaya atau malapetaka tidak akan menimpa.

33. AL- ‘AZIM - Yang Maha Agung
Huraian : Ia mulia.
Fadhilatnya :Mereka yang menyebut nama-Nya berulang-ulang, insyaALLAH akan dihormati.

34. AL-GHAFUR - Yang Maha Pengampun
Huraian : Ia mengampuni semua hambaNya.
Fadhilatnya : Sesiapa dihidapi penyakit kepala, demam atau dukacita, sebutlah nama-Nya berulang-ulang, insyaALLAH akan sembuh.

35. ASY-SYAKUR - Yang Maha Bersyukur
Huraian : Sesiapa yang bersyukur akan diberi hadiah kerana jasa untukNya.
Fadhilatnya : Sesiapa berasa hatinya berat dan kemudian menyebut nama-Nya 41 kali, diikuti dengan bernafas ke dalam gelas berisiair dan membasuh mukanya, insyaALLAH hatinya akan menjadi lapang atau lega.

36. AL-’ALIY - Yang Maha Tertinggi serta Mulia
Huraian : Ianya yang paling mulia.
Fadhilatnya : Sesiapa mempunyai keyakinan yang lemah tetapi menyebut nama-Nya berulang-ulang, insyaALLAH keyakinannya akan teguh.

37. AL-KABIR - Yang Maha Besar
Huraian : Ialah yang paling besar.
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali setiap hari, insyaALLAH ia akan memperolehi kemuliaan.

38. AL-HAFIZ - Yang Maha Memelihara
Huraian : Ia memelihara segala-galanya serba lengkap dan pada suatu ketika menghindarkannya dari kehilangan dan malapetaka.
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 16 kali sehari insya ALLAH ia akan diselamatkan dari malapetaka.

39. AL-MUQIT - Yang Maha Menjaga
Huraian : Ia menjaga.
Fadhilatnya : Sesiapa mempunyai anak yang kurang sopan, menyebut nama-Nya.

40. AL-HASIB - Yang Maha Penghitung
Huraian : Ia mengetahui apa sahaja sebenarnya berkenaan perniagaan seseorang sepanjang hayat.
Fadhilatnya : Apabila seseorang takut dirompak, maupun akibat dengki musuhnya, mulakan menyebut atau membacanama-Nya 70 kali pada hari khamis - siang atau malam. Bila tiba hari ke 71 sebutlah bahawa Allah Maha Penghitung atau Habiyallah-ul-Hasib. InsyaALLAH ia akan selamat.

41. AL-JALIL - Yang Maha Besar seta Mulia
Huraian : Ianya maha kaya serba berkuasa.
Fadhilatnya : Sesiapa menulis nama-Nya pada kertas dengan membubuh kasturi dan kunyit, kemudian membasuhnya dan akhirnya meminum air tersebut dari sebuah tembikar, insyaALLAH ia akan dimuliakan oleh manusia.

42. AL-KARIM - Yang Maha Pemurah
Huraian : Ianya sangat pemurah.
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang, insyaALLAH ia akan menerima kemuliaan di dunia serta akhirat.

43. AR-RAQIB - Yang Maha Waspada
Huraian : Ianya memperhatikan apa jua hamba-hambaNya lakukan di dunia ini.

44. AL-MUJIB - Yang Maha Pengkabul
Huraian : Ianya pengkabul bagi segala keperluan manusia.
Fadhilatnya : Sesiapa memohon kepadaNya, insyaALLAH niatnya akan dikabulkan.

45. AL-WASI’ - Yang Maha Luas
Huraian : Ia mempunyai kuasa yang tiada terbatas.
Fadhilatnya : Andainya seseorang mengalami kesukaran mencari mata pencarian, sebutlah nama-Nya berulang-ulang, insyaALLAH ia akan menerimanya bagi keperluan hidupnya yang lebih baik.

46. AL-HAKIM - Yang Maha Bijaksana
Huraian : Ia mempunyai kebijaksanaan dalam segala masalah.
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya terus menerus(dari masa ke masa), insyaALLAH ia tidak akan menemui kesukaran dalam pekerjaannya.

47. AL-WADUD - Yang Maha Penyayang
Huraian : Ia menyayangi mereka yang berbuat baik dan akan menganugerahkan belas kasihan-Nya kelak.
Fadhilatnya : Andainya dua orang bergaduh, sementara seorang daripadanya menyebut nama-Nya 1,000 kali di atas makananyang telah tersedia dan dimakan pula oleh temannya itu, insyaALLAH pertikaian antara mereka akan selesai.

48. AL-MAJID - Yang Maha Mulia
Huraian : Ianya sangat mulia.
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang, insyaALLAH akan menerima kebahagiaan.

49. AL-BA’ITH - Yang Maha Membangkit Semula
Huraian : Dialah yang memberi penghidupan kepada semua makhluk dihari pengadilan.
Fadhilatnya : Sesiapa yang mengulangi nama-Nya akan mempunyai perasaan takut dan hormat terhadap ALLAH.

50. ASY-SYAHID - Yang Maha Menyaksi
Huraian : Dia yang berada dimana-mana dan mengawasi segala-galanya.
Fadhilatnya : Sesiapa yang mempunyai anak yang degil dan mengulangi nama-Nya kepada anak itu, insyaALLAH anak ituakan menurut perintah.

51. AL-HAQQ - Yang Maha Benar
Huraian : KeujudanNya tiada perubahan.
Fadhilatnya : Jika seseorang hilang sesuatu dan mengulang nama-Nya insyaALLAH dia akan jumpa apa yang telah hilang.

52. AL-WAKIL - Yang Maha Pentadbir
Huraian : Dia menyediakan segala-galanya untuk mengatasi segala masalah dengan cara baik.
Fadhilatnya :Sesiapa yang takutkan mati lemas, hangus dalam api atau bahaya yang serupa dan mengulangi nama-Nya berterus-terusan, dari masa kesemasa, insyaALLAH akan berada dibawah perlindungan ALLAH.

53. AL-QAWIY - Yang Maha Kuat
Huraian : Dia yang terkuat.
Fadhilatnya : Sesiapa yang tidak boleh mengalahkan musuhnya, tetapi mengulangi nama-Nya dengan niat tidak mahu dicederakan, insyaALLAH akan bebas dari kecederaan musuhnya.

54. AL-MATIN - Yang Maha Teguh
Huraian : Dia berkuasa dan teguh, tidak ada kuasa yang boleh menghumbankanNya.
Fadhilatnya : Jika seseorang mempunyai kesusahan dan mengulangi nama-Nya, insyaALLAH kesusahannya akan lenyap.

55. AL-WALIY - Yang Maha Melindungi
Huraian : Dia adalah sahabat hamba-hambaNya yang adil.
Fadhilatnya : Sesiapa yang mengulangi nama-Nya, insyaALLAH mungkin menjadi seorang waliullah.

56. AL-HAMID - Yang Maha Terpuji
Huraian : Hanya dia seorang yang patut dipuji dan dimuliakan serta diberi penghargaan oleh semua makhluk.
Fadhilatnya : Sesiapa yang mengulangi nama-Nya, insyaALLAH akan disayangi dan dipuji.

57. AL-MUHSI - Yang Maha Penghitung
Huraian : Dia mengetahui angka segala benda walaupun tidak boleh dikira dan dia mengetahui tiap-tiap satudarinya.
Fadhilatnya : Sesiapa yang takut di soal di hari pengadilan, dan mengulangi nama-Nya 1,000 kali, insyaALLAH akan mempunyai kemudahan.

58. AL-MUBDI - Yang Maha Pencitpa dari Asal
Huraian : Dia yang telah mencipta semua makhluk untuk pertama kali bukan dari apa-apa dan tanpa sebarang contoh.
Fadhilatnya : Sesiapa yang menyebut nama-Nya berulang-ulang dan dihembuskan ibu yang mengandung yang takutkan keguguran, insyaALLAH ibu itu akan bebas dari bahaya.

59. AL-MU’ID - Memulihkan
Huraian : Dialah yang menghidupkan semula semua makhluk.
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 70 kali berulang-ulang untuk seseorang yang jauh dari keluarganya, insyaALLAH orangitu akan pulang dengan selamat.

60. AL-MUHYI - Yang Maha Menghidupkan
Huraian : Dialah yang memberi kehidupan dan kesihatan.
Fadhilatnya : Jika seseorang mempunyai satu bebanan yang berat dan mengulangi nama-Nya 7 kali setiap hari, insyaALLAH bebanannya akan dikurangkan.

61. AL-MIMUT - Yang Mematikan
Huraian : Dialah yang mencipta kematian.
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang, insyaALLAH akan memusnahkan niat musuhnya.

62. AL-HAYY - Yang Sentiasa Hidup
Huraian : Dialah yang mengetahui segala-galanya dan kekuatannya.
Fadhilatnya : Sesiapa yang mengulangi nama-Nya, insyaALLAH akan mempunyai umur yang panjang.

63. AL-QAYYUM - Yang Hidup serta Berdiri Sendiri
Huraian : Dialah yang memegang seluruh alam semesta.
Fadhilatnya : Sesiapa yang mengulangi nama-Nya, insyaALLAH tidak akan tewas dalam kelalaian.

64. AL-WAJID - Yang Maha Penemu
Huraian : Dialah yang dapat apa jua yang dikehendaki dalam keinginannya.
Fadhilatnya : Sesiapa yang mengulangi nama-Nya, insyaALLAH akan memiliki kemuliaan hati.

65. AL-MAJID - Yang Maha Mulia
Huraian : Dialah yang mulia hatinya, yang membuat kebajikan dan dermawan.
Fadhilatnya : Sesiapa yang mengulangi nama-Nya, insyaALLAH akan diterangkan hatinya.

66. AL-WAHID - Yang Maha Esa
Huraian : Ianya tunggal dalam segala tindakanNya, tidak ada berteman atau bersifat yang samadengan sesiapa pun, bahkan perawakan dan perintah.
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang seorang diri ditempat sunyi, insyaALLAH akan bebas daripadaketakutan serta kebingunan.

67. AL-AHAD - Yang Tunggal
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali, insyaALLAH Allah akan memberi kehendaknya yang mana ia tidak akan perlukan bantuan orang lain.

68. AS-SAMAD - Yang Menjadi Tumpuan
Huraian : Ianya adalah tunggal bagi sesiapa memohon sesuatu yang penting diselesaikan ataupun sebarang masalah yang harus dihapuskan.
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang, insyaALLAH Allah akan memberi kehendaknya dan yang mana ia tidak mahukan bantuan orang lain.

69. AL-QADIR - Yang Maha Berkuasa
Huraian : Ia sentiasa sanggup melakukan apa sahaja kehendakNya.
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang, insyaALLAH harus sedar akan kebenaran.

70. AL-MUQTADIR - Yang Maha Berkuasa
Huraian : Dialah yang lebih berkuasa dari segala makhlukNya.
Fadhilatnya : Sesiapa yang mengulangi nama-Nya, insyaALLAH ia menyedari kebenarannya.

71. AL-MUQADDIM - Yang Maha Menyegera
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya di medan perang mahupun didalam ketakutan kerana bersendirian oleh sebab ganjilnya keadaan sekeliling, insyaALLAH bahaya tidak akan menimpa dirinya.

72. AL-MU’AKHKHIR - Yang Maha Penagguh
Huraian : Ianya menangguhkan apa sahaja yang dikehendakiNya.
Fadilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali di dalam hati setiap hari, insyaALLAH hanya ketaatan kepada Allah sentiasa kekal. Ketaatan kepada yang lain tidak mempengaruhinya

73. AL-AWWAL - Yang Pertama
Fadhilatnya : Sesiapa sahaja berkehendakkan anak ataupun mahu bersama-sama dengan seseorang dalam perjalanan, ia harus menyebut nama-Nya 1,000 kali dalam masa 40 jumaat.

74. AL-AKHIR - Yang Akhir
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang, insyaALLAH akan mengalami hidup yang sempurna dan matinya pun sedemikian pula.

75. AZ-ZAHIR - Yang Zahir
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 15 kali selepas sembahyang jumaat, insyaALLAH nur atau cahaya akan menyinari hatinya.

76. AL-BATIN - Yang Batin
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 3 kali setiap hari, insyaALLAH akan dapat mengetahui kebenaran segala-galanya.

77. AL-WALI - Yang Wali / Yang Memerintah
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang, kemudian menghembuskan nafasnya ke dalam rumahnya, insyaALLAH keselamatan rumahnya akan terpelihara.

78. AL-MUTA’ALI - Yang Maha Tinggi serta Mulia
Huraian : Ianya yang termulia dalam sebarang tindakan, cara atau keadaan, bahkan fikiran seorang manusia. Ianya adalah yang paling tinggi.

79. AL-BARR - Yang Banyak Membuat Kebajikan
Huraian : Sesiapa yang penyabar terhadap hambaNya, haiwan dan segala binatang-binatang, tentulah baik kepada semuanya.
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya kepada anak-anaknya, insyaALLAH ia akan dijauhkan daripada kemalangan.

80. AT-TAWWAB - Yang Menerima Taubat
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang, insyaALLAH taubatnya akan diterima.

81. AL-MUNTAQIM - Yang Menghukum(mereka yang bersalah)
Huraian : Ia menghukum mereka yang bersalah.
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang, insyaALLAH akan menakluki musuh-musuhnya.

82. AL-’AFUW - Yang Maha Pengampun
Huraian : Ia sangat pengampun kepada mereka yang taubat, seolah-olah mereka tidak berdosa.
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang, insyaALLAH segala dosanya akan diampunkan.

83. AR-RA’UF - Yang Maha Pengasih serta Penyayang
Huraian : Ianya sungguh pengasih dan penyayang.
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang, insyaALLAH akan dikasihi Allah.

84. MALIK-UL-MULK - Pemilik Kedaulatan Yang Kekal
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang, insyaALLAH akan dihormati Allah.

85. IKRAM - Kemuliaan
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang, insyaALLAH dengan kerajinan bekerja serta tekun akan bertemu dengan kejayaan

86. AL-MUQSIT - Yang Maha Saksama
Huraian : Ianya tetap maha adil dalam segala-galanya.
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang, InsyaALLAH akan terjauh dari godaan syaitan

87. AL-JAMI’ - Yang Maha Pengumpul
Huraian : Ia mengumpulkan segala-galanya pada sebarang waktu.
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang, insyaALLAH akan menemui benda-benda yang hilang.

88. AL-GHANIY - Yang Maha Kaya serta Serta Lengkap
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang, insyALLAH akan bersyukur dan tidak akan ada hasrat dengki.

89. AL-MUGHNI - Memakmurkan
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 10 kali Jumaat, insyaALLAH tidak akan mengalami kekurangan sesuatu apapun.

90. AL-MANI’ - Yang Maha Pencegah
Fadhilatnya : Mereka yang menyebut nama-Nya berulang-ulang, insyaALLAH akan mengalami penghidupan keluarga yang berbahagia.

91. AD-DARR - Yang Maha Pencegah
Huraian : Ia menjadikan sesuatu yang menyebabkan seseorang bersifat rendah.
Fadhilatnya : Jika sesiapa yang berketurunan sifat rendah menyebut nama-Nya berulang-ulang setiap malam Jumaat, insyaALLAH taraf mereka akan dinaikkan.

92. AN-NAFI’ - Yang Memberi Manfaat
Huraian : Ia menjadikan segala-galanya untuk kebahagiaan manusia.
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang dalam masa empat hari, insyaALLAH ia akan jauh dari aniaya atau bahaya.

93. AL-NUR - Yang Bercahaya
Huraian : Ia memberikan cahaya mulia keseluruh alam, wajah, fikiran serta hati makhluknya.
Fadhilatnya : Sesiapa yang menyebut nama-Nya berulang-ulang, insyaALLAH hatinya akan lebih terang.

94. AL-HADI - Yang Memimpin dan Memberi Pertunjuk
Huraian : Ia memimpin hamba-hambaNya menuju kejayaan serta mengarahnya berbakti kepada manusia.
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang, insyaALLAH akan memperoleh pengetahuan ruhani.

95. AL-BADI' - Tiada BandinganNya
Huraian : Ia membentuk segala-galanya dalam dunia ini tanpa rekaan.
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 70 kali berulang-ulang, insyaALLAH kesusahannya akan hilang. (Ya ,ALLAH ,Engkaulah yang menjadikan segala-galanya di dunia ini).

96. AL-BAQI - Yang Maha Kekal
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali sebelum matahari terbit, insyaALLAH akan terpelihara daripada malapetaka seumur hidupnya dan insyaALLAH dosanya akan diampunkan.

97. AL-WARITH - Yang Maha Mewarisi
Huraian : Ialah menguasai segala-galanya.
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang, insyaALLAH akan hidup lama.

98. AR-RASYID - Yang Memimpin (Ke Arah Kebenaran)
Huraian : Ialah pemimpin yang bijaksana bagi membimbing makhlukNya kearah kebenaran.
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 1,000 kali di antara Maghrib dan isya, insyaALLAH kesusahannya akan hilang.

99. AS-SABUR - Yang Maha Penyabar
Fadhilatnya : Sesiapa ditimpa kesusahan ataupun dukacita hendaklah menyebut nama-Nya 3,000 kali, insyaALLAH ia akan terselamat

No comments:

Post a Comment